OBESITI :10 CARA PENCEGAHAN

obesiti

Obesiti, Mereka sering berkata ‘tidak apa gemuk asalkan saya sihat’.

Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya. Obesiti sangat membahayakan  kesihatan anda, jika anda mahu mengurangkan berat anda dengan cara semulajadi, sila baca tips ini.

Saya ingin kongsikan 10 cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan yang boleh di lakukan di rumah.

1)Makan Buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau adalah makanan kalori  rendah, jadi orang lebih berat perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan lebih kerap.

2) Elakkan garam berlebihan:

Untuk mengurangkan berat badan, harus mengelakkan pengambilan terlalu banyak garam. Garam boleh menjadi faktor peningkatan berat badan kerana lebihan garam akan menyebabkan water retention di dalam  badan kita

3) Kawal Pengambilan Lemak:

Produk susu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana ia kaya dengan lemak. Daging juga harus di kawal pengambilannya.  Ianya sukar dihadam dan kegagalan menukarkan makanan ini menjadi tenaga akan menyebabkan ia menjadi lemak tepu yang menyumbang kepada kegemukan.

4) Banyakkan Rempah dalam Masakan:

Rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan lain-lain  baik untuk mengurangkan  berat badan.Ianya juga menambah sedap dalam makanan.

5) Banyakkan Sayura-Sayuran dalam Menu:

Sayur-sayuran seperti peria , dan pelbagai sayuran pahit sangat baik untuk mengurangkan berat badan.

6) Amalkan Pengambilan Madu:

Mengambil madu merupakan home remedy  yang sangat baik untuk obesiti. Ia menggerakkan  deposit lemak dalam badan dan meletakkan ia ke dalam peredaran darah , yang digunakan sebagai tenaga untuk fungsi normal. Mulakan dengan  kuantiti yang kecil kira-kira 10 gram dan perlu diambil dengan air panas. Ia adalah baik untuk diminum pada awal pagi. Satu sudu teh jus limau segar juga boleh ditambah ke dalam air madu tersebut.

7) Kobis Untuk Kurus:

Kubis sangat baik untuk mengurangkan berat badan  kerana sayuran ini menghalang penukaran gula dan karbohidrat lain menjadi lemak.  Ia boleh dimakan secara  mentah atau dimasak terlebih dahulu

8) Lakukan Senaman:

Senaman adalah satu bahagian penting dalam pelan pengurangan berat badan. Ia membantu untuk membakar kalori yang disimpan dalam badan sebagai lemak. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan  otot-otot badan. Berjalan adalah senaman yang terbaik  untuk permulaan  dan boleh diikuti dengan berjongging, berenang,atau berbasikal.

9) Minum Jus Lemon:

Jus Lemon adalah baik untuk mengurangkan berat badan. Jus limau dicampur dalam segelas air suam dan manis dengan madu harus diambil setiap pagi ketika perut kosong.

10) Kawal Porsi Makanan:

Ukur porsi makanan anda setiap kali makan dan pastikan ianya diambil dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Sebagai contoh satu bahagian nasi  tidak boleh lebih daripada kuantiti yang boleh dimuatkan di dalam genggaman anda. Makanan yang dimakan selang tetap 4 hingga 5 jam akan menjaga metabolisme anda tinggi.  Ia juga menghalang tubuh anda daripada menukar makanan yang anda makan menjadi lemak.

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *