10 Ciri-ciri Anak Bijak Walaupun Agak ‘Annoying’

anak bijak

 

 

Mama-mama mesti sentiasa memerhatikan anak-anak kan?  Terutamanya yang kecil dan keletah  berusia antara  dua hingga enam tahun.  Ibu-ibu hebat zaman moden ini, akan sentiasa cuba ambil masa untuk  mengenali kelakuan anak manja kita. Dah tentulah sebab perhatian ibu ayah yang tak berbelah bahagi inilah yang akan menjadikan anak bijak dan berkeyakinan  tinggi.  Mereka tahu diri mereka kaya kasih sayang.

Tapi ada masa, masya Allah, anak kita ni ada je perangai-perangai diorang yang buat mama geram dan buat mama jadi “mak ko ijau?”. Sabar ye mama, sebab tingkah laku yang buat mama dan ayah hilang sabar tu  merupakan tanda anak-anak bijak. Jom tengok, anak-anak mama ada tak perangainya begini?
 .
.
.
.
 

1. Suka tanya banyak soalan

Jangan cepat marah, itu tandanya otak anak-anak sedang ligat berfikir.Anak bijak memang akan bertanya banyak soalan. Ini  bermaksud diorang  sedang belajar banyak perkara.

2. Suka berlari dan melompat

Risau tak kalau anak tak aktif dan suka tidur aje? Jadi jangan marah kalau diorang suka berlari dan melompat ye mama 🙂 Itu tanda anak anda seorang yang aktif dan ceria. Ada je benda yang nak di “explore”. Lagi best kalau dapat bawa anak-anak ke padang  jadi diorang berlari dengan gembira.
.
.
.

3. Suka menyepahkan rumah

Memang pengsan kalau anak-anak ada perangai ini.Tingkah laku menyepah bukan terhad kepada permainannya sendiri tetapi juga barang-barang rumah seperti mangkuk, sudu, cawan plastik di dapur, tudung ibu, sapu tangan atau pakaiannya sendiri dan bermacam lagi. Tapi sabar dulu mama… Itu sebenarnya petunjuk yang anak anda seorang yang kreatif ketika bermain. Otaknya ligat berfikir. Mungkin dia bosan dengan mainan yang sama, jadi dia membuat mainan sendiri .Ini menunjukkan anak mempunyai daya kreatif yang tinggi.

4. Suka bercakap sendiri

Jangan cepat panik dan anggap anak anda bercakap dengan makhluk halus. Sebenarnya itu adalah tingkah laku kanak-kanak normal. Mereka sedang berimaginasi dalam dunia sendiri. Imaginasi membantu kanak-kanak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.

 

5. Tak boleh duduk diam

Mungkin anda boleh bagi dia buat aktiviti seperti melukis, mewarna, bermain lego untuk membolehkan dia duduk diam seketika.
 .
.
.

6. Kuat menangis

Adakah anak mama jenis macam itu? Mungkin dia jenis anak yang suka diberikan perhatian. Cuba luangkan lebih masa dengan si manja dan layan segala kemahuannya bermain bersama. Dalam masa yang sama pujuk dan beritahu anak supaya jangan suka menangis kerana mama dan ayah sentiasa ada bersamanya.

 

7. Bercakap pelat

Tak mengapa jika pelat sedikit kerana ini semua proses pembelajarannya untuk lebih mahir bercakap. Jangan ketawakan anak yang bercakap pelat nanti dia ingatkan itu perkara yang lucu. Layan percakapannya tetapi dalam masa yang sama betulkan kesilapan perkataan pelat yang diucapkan.

 

8. Tak boleh berenggang

Velcro? Gam gajah? Ini antara nama timangan untuk si manja yang tak mahu berenggang. Ada sebab dia berperangai macam tu. Mungkin mama pernah pergi bercuti atau bekerja dan tinggalkan di dalam jagaan orang lain.  Jadi, anak takut akan ditinggalkan lagi membuatkan dia tak mahu berenggang dengan mama. Cuba tenangkan anak dan selalu beritahunya ke mana anda pergi. Lama-kelamaan dia akan faham dan tidaklah asyik hendak ‘melekat’ sahaja.

 

9. Suka main lawan-lawan

Biasanya ini berlaku di kalangan anak lelaki. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh hasil kekerapan mereka menonton rancangan kartun yang banyak aksi berlawan dan bergaduh. Cuba pantau apa yang mereka tonton dan mungkin perlu kurangkan kekerapannya. Sebaliknya salurkan keaktifan dan minat mereka berlawan dengan menyertai aktiviti taekwando dan sebagainya.

 

 10.Menconteng dinding rumah

“Mama, tengok adik lukis, cantik tak??” Pernah lalui situasi ni tak mama? Puas membebel dan melarang tetapi anak tetap suka membuat hasil karyanya di dinding rumah. Siapa tak naik angin tapi jangan larang minat dan kreativitinya. Sebaliknya mama boleh menampal kertas mahjung yang besar dan tampal dibahagian dinding  dan jadikan ia tempat khas untuk anak menconteng apa sahaja.

Sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak masing-masing. Walaupun adakalanya mereka nampak ‘nakal’ dan sukar dikawal tetapi kadangkala kreativiti anda dalam mendidik boleh menjadikan mereka anak yang bijak dan pintar di masa hadapan. Semoga kita sentiasa diberikan kesabaran dalam menangani perangai anak-anak kita ya mama-mama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *