Cara Atasi Keletihan Untuk Para Mama

atasi keletihan

        Mama selalu letih? Itu adalah tanda-tanda tubuh badan kita kurang nutrisi. Mari kita baca tips untuk atasi keletihan.

Kehidupan yang serba pantas dan mencabar hari ini memerlukan kita sentiasa cergas dan sihat. Namun begitu ada ketikanya kita terlalu penat menguruskan rumahtangga dan keluarga. Saya kongsikan hari ini cara untuk atasi keletihan untuk anda. Ada banyak faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan kita, terutama sekali makanan apa yang kita ambil setiap hari.

Tahukah anda?

  1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dahulu. Teknologi, suhu bumi, persekitaran telah mengubah kandungan zat makanan. Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalam epal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!
  2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akan hilang jika terkena panas yang keterlaluan. Ia menyebabkan kandungan nutrisi di dalam makanan tersebut akan musnah dalam proses tersebut.
  3.  Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya. Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap. Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.
Ramai yang mengetahui pemakanan yang kaya vitamin dan mineral seimbang sangat baik untuk kesihatan.  Namun begitu,hal ini sering diabaikan.  Ini  menyebabkan ramai diantara kita kekurangan nutrisi.

TANDA-TANDA KURANG NUTRISI

  • Sering keletihan-mudah lelah, lesu, hilang konsentrasi, mudah mengantuk, tidak bernafsu untuk makan, serta munculnya lingkaran hitam di bawah mata
  • Gatal-gatal-Rasa gatal pada kulit adalah tanda tubuh kekurangan mineral zink. Tanda lainnya adalah luka yang susah sembuh dan garis putih pada kuku. Zinc membantu membuang karbon dioksida dari tubuh dan kita perlukannya untuk penyembuhan luka.
  • Bibir dan lidah sering pecah-pecah: Gejala kekurangan vitamin B12 (riboflavin). Hujung bibir luka, lidah sakit, rasa panas pada mata seperti terbakar, keletihan, gangguan penglihatan, serta anemia. Kekurangan vitamin B12 paling sering terjadi pada mereka yang banyak minum kopi, pengguna ubat anti deppressi.
  • Sering sakit-  Antioksidan seperti Vitamin C, E dan Selenium sangat baik untuk sistem imunkita. Ia yang mampu mencegah virus-virus berbahaya dan sel penyebab kanser. Kekurangan antioksidan di dalam tubuh badan menyebabkan kita sering sakit.

Apakah cara untuk atasi keletihan?

Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu untuk mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari. Ianya memberikan faedah jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang kurang dalam pemakanan kita.
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan  walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat , keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan nutrisi tubuh.  Terutama sekali di dalam kesibukan  individu itu sendiri. Di sini lah multivitamin  memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh dan memastikan keperluan nutrisi harian dipenuhi.


Secara umum, suplemen vitamin dapat membantu dari segi:

  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Atasi keletihan
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat.
  • Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, ia juga  bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrisi.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil vitamin ialah:

  • Anak- anak dan Remaja yang membesar.
  • Wanita Mengandung
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
  • Semua orang yang pentingkan kesihatan.

Namun begitu jangan salah faham. Walaupun memgambil vitamin setiap hari, kita masih perlu menjalani kehidupan sihat, pemakanan seimbang dan senaman sangat penting. Ianya bergerak seiring agak tubuh dan fungsinya dapat berfungsi dengan optimum dan kita dapat menjalani kehidupan yang sihat dan ceria.

3 thoughts on “Cara Atasi Keletihan Untuk Para Mama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *