MAKANAN TERBAIK UNTUK WANITA KEKAL SIHAT

makanan terbaik untuk wanita

Kaum wanita sangat mementingkan aspek pemakanan dan mereka akan memastikan hanya makanan terbaik untuk wanita sahaja  yang masuk ke dalam tubuh badan mereka.

. Pemakanan kaum wanita  lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga  dan kesihatan di kala usia yang makin lanjut.

Disini ada senarai makanan terbaik untuk wanita yang boleh diamalkan untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan dipelihara dengan baik. .
makananterbaik
PROTEIN
Pada masa kini, keperluan kepada golongan wanita bekerjaya dalam mempersiapkan diri dengan kecantikan diri amat penting. Disinilah pentingnya mengambil makanan  terbaik untuk wanita seperti Protien.  Antara sumber protien yang terbaik adalah Protien soya.  Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.
Bijirin penuh 
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.
Makanan tinggi folat
Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.
Jus kranberi 
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
drink-water-all-day
Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.
Sayuran hijau 
Makanan terbaik untuk wanita yang tak dapat dinafikan lagi khasiatnya ialah sayuran hijau. Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.
makanan terbaik
Makanan penuh Vitamin C
Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *