Makanan Negatif Kalori Untuk Kuruskan Badan

kuruskan badan

Apabila kita sedang berusaha untuk kuruskan badan, bukan bermaksud kita harus berlapar dan mengikat perut.

Apabila lapar, ada banyak pilihan makanan yang menyihatkan. Kita boleh memilih  sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai kudapan atau snek sihat, ianya sangat membantu kita berasa kenyang .

Epal merupakan antara “meal replacer” yang istimewa. Ia membantu untuk kuruskan badan dan  juga di sebut sebagai makanan yang  “negatif kalori”.  Epal menyebabkan tubuh membakar kalori lebih banyak untuk mencernanya daripada kalori yang terkandung oleh epal itu sendiri.

 

Saya kongsikan di sini buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dijadikan snek sihat semasa proses menurunkan berat badan.

 

EPAL

Epal merupakan salah satu buah yang sangat terkenal memiliki kalori rendah Kandungan kalori apel sendiri adalah 65 kalori. Di samping kandungan lain yang sangat banyak seperti vitamin C, potasium, dan vitamin K.

STRAWBERRY

Buah merah comel ini memiliki kandungan  49 kalori untuk setiap 500 gram. Jika Anda makan 100 gram sehari, anda cuma makan 9,8 kalori untuk tubuh anda. Buah yang satu ini memiliki manfaat lain selain untuk diet, iaitu sebagai antioksidan, pencegah  kanser.

BROKOLI

Kebaikan sayuran hijau yang satu ini sudah tidak diragukan lagi khasiatnya untuk menjaga kesehatan tubuh manusia. Selain kandungannya yang baik untuk  merawat keradangan dan kanser, brokoli hijau juga memiliki kalori yang rendah. Setiap 100 gram brokoli hanya sekitar 10 kalori. Brokoli boleh disediakan dengan pelbagai cara, dikukus, di steam untuk menjadikannya lebih sedap.

TOMATO

Tomato memiliki kandungan sebanyak 5.5 kalori per 100 gram. Ia  tidak hanya baik untuk diet tetapi juga mampu memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh anda. Ini kerana tomato mengandungi vitamin A, C, dan vitamin K sekaligus kalium dalam jumlah yang sangat banyak. Diabetes, darah tinggi, dan kanser adalah beberapa jenis penyakit kronik yang boleh dicegah dengan tomato.

BAYAM

Sayur yang memiliki banyak kandungan zat besi yang baik untuk darah ini memiliki kandungan sebanyak 7 kalori per 100 gram. Khasiat bayam yang paling terkenal lainnya adalah untuk mencegah dan mengubati penyakit mata katarak. Jangan memasak bayam terlalu lama, nilai nutrsi di dalamnya akan hilang.

TIMUN

Mentimun merupakan menu makanan diet rendah kalori yang sangat terkenal. Sering dijadikan ulam-ulaman. Timun cuma mengandungi sebanyak 15 kalori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *