Mama, Elakkan Makanan Ini Ketika Hamil

makanan yang dielakkan ketika hamil

Ketika mengetahui diri  hamil pasti menjadi momen-momen terindah buat mama. Ianya momen yang akan dikenang sepanjang hayat. Soal pemakanan juga sangat penting untuk mama. Tahukah mama ada makanan yang perlu dielakkan ketika hamil untuk kesihatan mama dan bayi yang di kandung.

Jom ikuti panduan ini ya mama

1.DAGING YANG DIPROSES

Berbeda daripada jenis kuman dan bakteria lain, bakteria listeria boleh membiak pada suhu sejuk seperti meletakkan daging di dalam peti sejuk. Untuk kebanyakan orang daging diproses tidak merbahaya. Tetapi jika ibu hamil termakan daging yang dicemari dengan bakteria listeria, mereka terdedah 20 kali ganda risiko dijangkiti kuman ini dan boleh jatuh sakit. Simtom pada  ibu hamil adalah selsema, sakit kepala, muntah-muntah.Jangkitan listeria boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang atau kematian. Justeru elakkan memakan daging hancur, kepingan ayam turki ataupun sosej.

2. TELUR MENTAH

Elakkan telur setengah masak. Pastikan biskut dan kek dimasak sempurna, jangan makan yang mentah ya mama. Ini kerana adunan tepung yang mentah yang mengandungi telur yang tidak masak boleh mengundang bahaya kepada ibu hamil. Kewujudan bakteria salmonella yang ada pada telur mentah boleh menjadi punca kepada keracunan makanan.

3.SUSU YANG TAK DIPASTUER

Susu yang tidak dipastuer akan mudah dijangkiti bakteria Salmonella dan E Coli. Hati-hati ketika memilih susu dan jus berasaskan tenusu, pastikan kebersihan dan  pastikan ianya telah dipastuer.

4.BUAH DAN SAYURAN YANG TIDAK DIBASUH

Parasit taxoplasma hidup dan membiak pada buah dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh sempurna. Pastikan mama membasuh terlebih dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran yang hendak masak dan dimakan ya?

5.KEKACANG

Jikalau mama, pasangan atau anak-anak  mempunyai sejarah alergik, asma atau ekzema  ada baiknya jika mama mengelak daripada mengambil kekacang semasa hamil. Ia boleh mengurangkan risiko  bayi yang dikandung mendapat alahan kacang yang serius. Namun jika mama bebas daripada  sebarang allergi, bolehlah ambil kekacang dalam kuantiti yang sederhana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *