Perhatian Mama & Daddy! 12 Simptom Penyakit Pada Anak Yang Tak Boleh Diabaikan.

anak sakit

Kesihatan anak menjadi prioriti utama kita. Kalau anak tak sihat sangat meruningkan hati  apatah lagi ada simptom-simptom yang mencurigakan. Memang tak sanggup tengok anak tanggung kesakitan. Rasa macam kita ni tak berdaya bantu anak.

Disebabkan hal itu, bila anak tunjukkan simptom awal sesuatu yang mencurigakan cepat-cepat bawa dia berjumpa doktor pakar atau cari jalan untuk rawatan awal sakitnya sebelum ia bertambah teruk sampai di luar kawalan kita. Kadangkala dari kaca mata ibu bapa, kita mungkin terlepas pandang tentang simptom-simptom bahaya sesuatu penyakit.

Berikut antara simptom bahaya  penyakit yang tak patut diabaikan oleh ibu bapa.

1. Demam panas

Kalau suhu badan bayi usia 3-6 bulan lebih dari 37.8 darjah selsius segera bawa anak jumpa doktor. Bagi usia ini, suhu tersebut boleh dianggap sebagai demam panas. Selepas usia tersebut, suhu mencecah 39 darjah selsius baru dianggap demam panas. Perlu diingat, bukan hanya bacaan suhu dipaparkan di termometer sahaja yang penting tetapi jika demam masih belum turun, dan bayi anda nampak tak sihat, segera jumpa doktor.

2. Demam berpanjangan

Jika lepas empat jam diberi ubat, demam anak masih belum berkurangan atau jika demam yang tidak diberi ubat (tinggi atau rendah) berpanjangan lebih daripada 5 hari, terus bawa anak berjumpa doktor.

3. Demam diikuti dengan sakit kepala

Anda perlu berhati-hati jika anak mengadu sakit leher, leher tegang atau sakit kepala yang diikuti dengan demam, kemungkinan simptom ini ada kaitan dengan meningitis.

4. Tanda merah pada kulit

Tindak balas alergi kepada beberapapenyakit simptom sedemikian perlu diperiksa dengan betul dan rawatan boleh dimulakan. Jika anda perasa kulit anak ada tanda-tanda merah, segera bawa jumpa doktor.

5. Alat sulit tidak normal

Sepatutnya anda perlu sentiasa periksa keadaan organ badan anak untuk mengesan sebarang tanda-tanda tidak normal terutama pada alat sulitnya. Jika ada ketidaknormalan dikesan, segera dapatkan nasihat perubatan.

6. Sakit perut tiba-tiba

Jika si kecil mengadu kesakitan sekitar pusat, atau di sebelah kanan abdomen, bawa anak jumpa doktor kanak-kanak terutama jika aduannya diiringi dengan lain-lain simptom seperti muntah atau cirit-birit. Ia mungkin petunjuk penyakit  apendiks, kesakitan yang berkembang pantas melainkan didiagnos dengan cepat.

7. Pening kepala diikuti muntah

Migrain bukan masalah biasa di kalangan kanak-kanak, tetapi simptom ini perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor pakar.

8. Air kencing berkurangan

Simptom ini biasanya diikuti dengan mulut kering, kulit pucat, muntah atau cirit-birit dan ia mungkin petunjuk anak mengalami dehidrasi. Jika anak anda mengalami simptom ini, cepat bawa dia ke hospital berhampiran.

9. Bibir berwarna biru

Petunjuk ini mungkin dikaitkan dengan masalah sukar bernafas. Anda mungkin perasan si kecil susah menarik nafas atau berbunyi ‘wheezing’ apabila bernafas. Ini mungkin ada kaitan dengan masalah pernafasan yang disebabkan oleh tindak balas alergi atau serangan asma. Dalam kes ini, terus dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

10. Muka, lidah atau bibir membengkak

Ini adalah ciri-ciri petanda tindak balas alergi yang kuat. Ia tak boleh dibiarkan kerana jika doktor mendapati ia perlu rawatan segera, kemungkinan anak mesti dihantar ke bilik kecemasan.

11. Muntah selepas terjatuh

Simptom ini mesti diperhatikan terutama jika berlaku kepada bayi. Ia mungkin ada kaitan dengan kecemasan neurologi. Jika anak anda mengalami simptom ini, jangan berlengah, jumpa doktor secepat mungkin.

12. Pendarahan berlebihan

Jika anak anda cedera dan darah yang keluar tidak berhenti selepas beberapa minit bahkan semakin banyak, bawa anak jumpa doktor untuk pensterilan dan rawatan yang betul boleh diberi.

Ibu bapa perlu segera ambil tindakan jika mendapati anak mengalami satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut. Jika selepas berjumpa doktor, tiada apa-apa yang serius, anda berpuas hati. Better be safe than sorry.

Jangkitan berulang menunjukkan sistem imun yang lemah.

Setiap hari kita dan anak-anak kita diserang  berjuta jenis bakteria, beratus jenis kulat, bermacam jenis parasit dan lebih 2000 jenis virus.Kuatkan Sistem Imun anak kita dengan memberikan nutrisi yang cukup.
Sistem Imun yang kuat akan menangkis apa sahaja serangan virus, bakteria yang menyebabkan jangkitan pennyakit.

Supplemen yang baik untuk mencegah anak sakit daripada Shaklee

1.Mealshakes

2. Omegaguard

3.Vitalea for Children

4. Vitamin C chewable

Hubungi saya KHAIRANI BAHAUDIN
di talian www.wasap.my/60196154956 untuk menempah supplemen Shaklee untuk anak anda.

 

Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Sumber: familyshare.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *